Pages

Monday, April 26, 2010

Pendidikan Seks: Relevankah Untuk Dilaksanakan?

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera...


Malaysia. Tahun 2008, kecoh seketika. Hal ini apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil menyuarakan pandangannya, bahawa sudah tiba masanya Malaysia kini perlu melaksanakan Pendidikan Seks (Sex Education). Sasaran awal beliau ialah generasi muda yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah. Idea beliau timbul setelah melihat statistik pada tahun 1999 sehingga tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang menunujukkan sebanyak 211,467 bayi dilahirkan yang didaftar tanpa nama bapa. Itu baru yang berdaftar ke JPN, bagaimana yang tidak berdaftar, disembunyikan tanpa pengetahuan umum, agak-agaknya berapa angka ya? Maaf, agak ‘ngeri’ bagi penulis untuk memikirkan nya. Dek kerana takut dan bimbang jangkaan itu merupakan satu fakta. Hal ini merisaukan beliau dan menunjukkan gejala sosial yang berlaku ditanah air tercinta sudah sampai ketahap kritikal dan perlu dimasukkan ke ‘ICU’. Lihat sahajalah berita-berita yang terpampang didada akhbar sejak akhir-akhir ini. Rogol, pasangan kekasih yang ditangkap khalwat, sumbang mahram, bersekedudukan, pengkid & gay, industri pelacuran menjadi ‘rating’ berita yang paling tinggi sekali dan menjadi perhatian media. Lantas menarik perhatian mata untuk mengekori isu ‘hangat’ ini. Pandangan rakyat teralih seketika, mengenepikan krisis-krisis yang sedang belaku di peringkat global. Para pemimpin negara seharusnya bangga kerana mempunyai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertoleransi. Mereka peka dan pantas memberi reaksi apabila satu isu besar sedang berlaku dalam kalangan masyrakat mereka sendiri. Mungkin kerana mereka risau, ‘kemalangan’ yang mereka takutkan selama ini, terjadi dalam kalangan keluarga atau adik beradik mereka sendri. Siapa sangka? Aduhai....


Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi terpimpin dan kebebasan bersuara yang terkawal, rata-rata rakyat tidak hanya berdiam diri, malahan pelbagai pendapat dan pandangan dilontarkan oleh mereka. Warung-warung kedai kopi, gerai-gerai ditepi jalanan dan restoran-restoran yang beroperasi 24 jam menjadi semakin panas apabila pelanggan-pelanggan yang berkumpul memilih topik ini untuk dibincangkan dalam kalangan mereka. Apabila sesuatu isi atau dasar baru yang dibangkitkan oleh kerajaan Malaysia, sudah pastinya rakyat secara automatiknya akan terbahagi kepada dua pihak, iaitu golongan pertama yang menyokong dan golongan kedua yang membantah. Situasi menjadi lebih menarik apabila kedua-dua pihak ini yang berbeza haluan dan matlamat mempunyai pendapat dan idea mereka yang tersendiri. Penulis percaya bahawa, mereka tidak hanya bersikap hentam kromo, membabi buta menerima atau menolak sesuatu dasar. Hal ini dapat dibuktikan apabila rata-rata rakyat kini sudah semakin bijak, berlapang dada, berfikiran matang dan terbuka, berpendidikan dan berkelulusan akademik dan berminda globalnasional memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Satu pencapaian positif dan khabar baik untuk negara.

Penulis tidak berminat untuk membicarakan atau berkongsi dengan para pembaca, apakah sebabnya dan apakah punca-punca gejala sosial ini berlaku, kerana masing-masing sudah tahu apa jawapan nya, siapa yang harus dipersalahkan dan bagaimana ia berlaku. Menurut rujukan, kecenderungan remaja dalam melibatkan diri dengan masalah sosial disebabkan sifat ingin tahu para remaja dan lonjakan hormon adrenaline yang membuatkan mereka bertindak mengikut emosi dan perasaan. Masalah sosial yang ingin ditekankan di sini adalah seks bebas. Punca-punca yang sudah pasti akan dijawap oleh anda apabila disoal tentang ini adalah antaranya, kurangnya didikan agama, kurang perhatian dan kasih sayang, pengabaian tanggungjawap oleh ibubapa, lambakan bahan-bahan lucah dan pornografi yang disediakan secara meluas melalui media cetak dan eloktronik, sikap materialistik dengan mengutamakan kemewahan dan kekayaan, pengaruh rakan sebaya dan masalah dalaman oleh individu itu sendiri. Anda setuju? Penulis yakin pendidikan seks yang berteraskan sistem nilai yang berorientasikan akhlak yang murni akan membawa kepada pembentukan generasi muda yang terpelajar, terdidik dan berakhlak mulia, seterusnya melahirkan tamadun bangsa yang terbilang. Dalam hal ini apakah kita masih mencari arah? Tepuk dada, Tanya lah minda...

Apa yang menarik perhatian oleh penulis dan ingin dititik beratkan penerusi penulisan ini, ialah isu pendidikan seks yang terdapat suara mewar-warkan ia bakal dilaksanakan dinegara kita tidak lama lagi. Tetapi, dasar kerajaan ini masih berada di tahap penyelidikan dan belum tentu ia dilaksanakan. Kerajaan Malaysia sungguh prihatin. Mereka akan menilai terlebih dahulu dan sebarang pandangan dan kritikan akan diselidik. Hal ini kerana ia bukan lah isu remeh tetapi melibatkan masa depan rakyat sekaligus pencorak pembangunan negara dimasa hadapan! Ingin penulis tegaskan disini ialah, penulis tidak memihak dan menyokong mana-mana parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Segala idea dan hujah-hujah yang bakal penulis terangkan melalui penulisan ini ialah datang nya daripada pandangan dan ilham penulis sendiri. Melalui pembacaan dari sumber-sumber yang dipercayai, pandangan beberapa tokoh dan ilmuan yang terkenal, cebisan-cebisan yang dimiliki dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh beberapa institusi dan jabatan yang diiktiraf, penulis dapat menjelaskan secara ringkas, tepat dan mudah untuk difahami oleh semua pembaca. Tujuan nya supaya pembaca tidak salah faham dengan isu pendidikan seks dan dapat menilai sendiri baik buruk nya dasar yang bakal dilaksanakan ini.

Sebagai permulaan, penulis berminat untuk menjelaskan, apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Pendidikan Seks’ ataupun ‘Sex Education’ itu sendiri. Menurut Abdullah Nasir Alwan, Penulis buku Pendidikan Anak Dalam Islam, beliau menjelaskan maksud pendidikan seks ialah mengajar anak secara berterus terang semenjak ia berakal (akil baligh) dengan faktor-faktor yang berkait rapat dengan seks. Menurut Dr Rose Mini AP, M Psi seorang psikologi pendidikan, pendidikan seks didefinisikan sebagai pendidikan mengenai anatomi organ tubuh yang dapat dilanjutkan kepada reproduksi seksual. Dengan mengajarkan pendidikan seks pada anak, menghindarkan anak dari risiko negatif perilaku seksual. Kerana dengan sendirinya anak akan tahu mengenai seksualiti dan akibat-akibatnya bila dilakukan tanpa mematuhi aturan hukum, agama, dan adat istiadat, serta persiapan mental dan material seseorang. Penulis difahamkan daripada beberapa sumber yang mengatakan bahawa tujuan pendidikan seks diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Bagi membantu usaha berkenaan, kementerian menyediakan draf Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan bagi menangani salah laku dan jenayah seksual yang membimbangkan di kalangan remaja. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata draf berkenaan dihasilkan sebagai keprihatinan kementerian berkaitan isu sosial seperti rogol, sumbang mahram, penderaan seksual dan hubungan seks bebas.

Penulis tertarik dengan beberapa pandangan yang menyebut, istilah pendidikan seks itu perlu ditukar atau diubah. Antaranya ialah Dr Mohamad Khir Toyo, mantan Menter Besar Selangor, beliau mencadangkan pendidikan seks itu ditukar kepada pengajian gender. Alasannya ialah untuk menampak kan agar ia lebih ‘sedap’ dan ‘manis’ didengar sekaligus diterima oleh masyrakat dalam masa yang sama menjaga sensitiviti masyarakat tanpa menimbulkan ketidakselesaan masyarakat untuk mebicarakan. Nampaknya masyarakat kita begitu sensitif dengan istilah pendidikan seks sehingga istilahnya terpaksa ditukar untuk mengelakkan tentangan dari ahli masyarakat terutamanya ibubapa. Malangnya, pertukaran istilah itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang maksud sebenar yang ingin diketengahkan oleh pencadang. Mungkin juga ini berlaku kerana pencadang mengetahui kepentingan seks atau sengaja menukar istilah itu agar pendidiakan seks akhirnya diterima oleh masyarakat kita. Tetapi wajarkah pertukaran istilah itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat? Bagi kebanyakan orang pula, tidakkah anda merasa terhina bila mengetahui bahawa istilah pendidikan zuriat itu sebenarnya pendidikan seks yang ditukar istilahnya bagi menjamin penerimaan masyarakat sekeliling? Itulah keadaannya dalam masyarakat kita.

Bagi menyelesaikan kemelut yang melanda umat manusia ketika ini, penulis merasakan jalan yang terbaik untuk menjawap segala kemelut yang melanda adalah dengan menggunakan Al-Quran & As-Sunnah. Hal ini kerana Islam itu bersifat universal, bertoleransi, saksama, adil, sesuai dan relevan untuk dilaksanakan sepanjang zaman. Allah menciptakan manusia dan sekaligus peraturan bagi menjawab segala persoalan manusia. Bahkan Islam muncul untuk memberikan cara penyelesaian dan cara pemenuhan yang benar termasuklah dalam hal pemenuhan naluri seksual (gharizah an-nau’). Islam mengatur bagaimana bentuk hubungan lelaki dan wanita yang dibolehkan, iaitu melalui pernikahan. Islam juga menutup dan menghapuskan semua unsur dan peluang yang boleh merangsang naluri ke arah kebebasan seksual. Islam melarang lelaki dan wanita berinteraksi secara bebas kecuali di dalam hal-hal yang dibolehkan oleh syara’. Bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan ( ikhtilat) adalah termasuk perkara yang diharamkan oleh Islam. Hubungan lelaki dan wanita hanya terbatas kepada yang melibatkan hal-hal jual-beli, pendidikan, pengadilan, kesihatan dan bentuk interaksi lain yang memerlukan tolong-menolong antara kedua belah pihak. Sungguhpun interaksi-interaksi tersebut dibenarkan, ianya tetap tertakluk kepada batas-batasan yang ketat. Daripada cara berpakaian yang menutup aurat sehingga larangan tabarruj (berhias berlebihan di tempat awam) yang boleh merangsang kehendak lawan jenis.

Islam melarang wanita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Betapa indahnya Islam, dalam hal pemenuhan naluri seksual juga ada bimbingan wahyu. Sesiapa yang didapati melanggar aturan-aturan tersebut akan diberikan hukuman secara tegas dalam Islam. Bagi penzina ghairu muhshan(yang belum menikah), hukumannya adalah dirotan sebanyak 100 kali. Sementara bagi penzina muhshan(yang sudah menikah) direjam sampai mati. Bagi kesalahan liwat ( homoseksual), hukumannya adalah dibunuh tanpa mengambil kira samada ia sudah menikah atau belum.

Islam datang dan memberi penyelesaian kepada pemenuhan naluri seksual manusia, maka apakah yang mendorong manusia untuk merogol, meliwat, melakukan sumbang mahram, terlibat homoseks, lesbian, dan pelbagai masalah seksual lainnya? Apakah yang mendorong seseorang yang dahulunya; menutup aurat kemudian terpengaruh lalu mendedahkan aurat, menjaga pergaulan lalu bebas bergaul tanpa batasan? menjauhi filem pornografi bertukar menjadi fanatik filem erotik dan majalah lucah? Apakah yang menjadikannya berubah? Hampir dapat dipastikan bahawa pemikirannyalah yang sudah berubah. Hal ini akan berlaku apabila pemikiran lama sememangnya lemah atau pemikiran baru kuat mengasak, ataupun gabungan kedua-duanya sekali. Inilah kesan serangan Kapitalis yang sentiasa mencari peluang merosakkan pemikiran dan menjauhkan Islam dari kehidupan penganutnya. Kehidupan masyarakat secara umum telah banyak dipengaruhi oleh teori ‘bapak’ Kapitalis (Adam Smith) iaitu ‘Survival of the Fittest’, atau yang senada dengannya seperti ‘Live life to the fullest’, ‘Life is enjoyment’ dan lain-lain.

Oleh itu, apa yang penulis dapat simpulkan disini ialah, penulis berpendapat bahawa pendidikan seks itu bukan lah satu penyelesaian kepada kemelut yang melanda ketika ini. Bahkan tidak keterlaluan penulis menyatakan kemungkinan besar ia boleh mengeruhkan lagi keadaan dan memburukkan lagi suasana. Penulis telah pun sedia maklum bahawa, pendidikan seks bukan lah satu pendidikan yang mengajar anak-anak cara-cara untuk melakukan seks dan bagaimana seks itu boleh berlaku, tetapi pencegahan daripada berlakunya seks sebelum nikah dan bahaya yang akan timbul sekiranya seks bebas berleluasa dan dijadikan sebagai ‘rutin’ harian anak-anak muda. Menurut dasar awal sistem pendidikan seks ini, pelajar-pelajar akan diajar bagaimana hendak mengawal diri dan mencegah daripada melakukan zina, bagaimana hendak mengelakkan dari mengandung anak luar nikah dan sebagainya. Walaupun tampak indah isi kandungannya, tetapi sedar atau tidak sedar sebenarnya terselit begitu banyak keburukan disebaliknya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap dasar itu pasti akan ada baik dan buruknya. Namun begitu, keburukan disebalik isu pendidikan seks ini lebih menyerlah dan nampaknya bakal benar-benar berlaku sekiranya ia dilaksanakan ditanah air kita. Sebenarnya pendidikan seks ini telah lama dilaksanakan di negara-negara barat. Tetapi kesan nya amat mendukacitakan, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Harapan asal masyarakat dinegara-negara itu ialah ialah supaya dengan pelaksanaan pendidikan seks ini, gejala sosial dan seks bebas akan berkurangan. Namun malangnya, insiden anak-anak gadis yang melahirkan anak luar nikah kian bertambah pula dari hari ke hari. Aduh, timbul pula rasa kasihan dihati penulis. Penulis tahu, apakah sebab utama nya matlamat asal kerajaan-kerajaan ini menjadi sebaliknya. Hal ini kerana, mereka tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai bahan rujukan utama. Bahkan Rasulullah sendiri telah menegaskan bahawa, barangsiapa yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, dia tidak akan sesat buat selama-lamanya. Kesilapan besar mereka ialah mereka menjadikan akal fikiran manusia yang terhad, terbatas dan mudah dikalahkan oleh hawa nafsu sebagai rujukan utam ketika menyusun silabus pendidikan seks.

Penulis juga difahamkan bahawa, pendidikan seks juga turut dijalankan di negara jiran kita, Indonesia. Tetapi penulis ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan serba sedikit tentang keputusan hasil pelaksanaan dinegara tersebut. Sebab utamanya, penulis akui gagal untuk memahami isi kandungan kertas kerja mereka kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa Indonesia. Banyak stuktur dan tatabahasa yang berbeza dengan bahasa Malaysia dan agak janggal pada pandangan penulis. Istilah ‘seks’ amat sensitif bagi masyarakat Malaysia kerana ia dianggap kurang sopan dan perlu dibincangkan ‘dalam selimut’. Maklum lah, Malaysia masih mengekalkan tradisi-tradisi ketimuran dan adab sopan santun masih diamalkan walaupun ia semakin kabur dimamah usia. Penulis tidak menafikan pendidikan seks ini kerana ia merupakan salah satu bidang ilmu dan kewajipan menuntut ilmu ini telahpun ditekankan oleh Rasulullah sendiri. Tambahan pula di dalam Al-Quran itu sendiri Allah telah mengajar umat manusia tentang pendidikan dan seks. Betapa syumulnya Al-Quran dan Islam itu sendiri. Tetapi dengan syaratnya, ilmu itu mestilah memberikan manfaat dan tidak mendatangkan keburukan kepada penuntut dan masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, pendidikan seks itu akan menimbulkan perspektif negatif dalam minda kanak-kanak. Doktor dan pakar perubatan menjelaskan bahawa pada peringkat kanak-kanak membesar, mereka akan belajar dan mudah menerima apa yang terjadi dan berlaku di hadapan pancaindera mereka. Seterusnya akan timbul sikap ingin tahu dan ingin mencuba sendiri apa yang mereka lihat dan dengar dari orang sekeliling. Sekiranya istilah ‘seks’ itu didedahkan kepada mereka,mereka ingin tahu apakah itu seks dan bagaimana seks itu digambarkan. Kanak-kanak ini mudah diajar dan mudah belajar. Penulis bimbang sekiranya pendidikan seks itu didedahkan kepada kanak-kanak seawal usia 7 tahun, akan timbul perasaan untuk melihat sendiri bagaimana seks itu terjadi. Sekiranya mereka tidak mendapat saluran yang betul, mereka akan mencari sendiri dengan kemudahan seks yang sedia ada seperti lambakan vcd-vcd lucah dan laman web pornografi.


Perlu diingatkan bahawa, manusia terdiri daripada komponen akal dan nafsu. Melihat keadaan masyarakat masa kini, akal seringkali tewas dengan ke’hebat’an nafsu. Akal mudah dipijak-pijak dan dihina sedemikian rupa. Akal selalu sahaja gagal berfungsi dengan baik kerana tidak berpandukan dengan Al-Quran & As-Sunnah. Agak kasar apa yang penulis dedahkan tetapi terima sahaja lah hakikatnya. Penulis juga sering bertanya-tanya mengapa perlu diadakan pendidikan seks sedangkan apa yang dicadangkan dalam isi kandungan pendidikan seks telah pun sedia ada termaktub dalam silabus yang telah sekian lama diajar kepada pelajar-pelajar. Penulis baru sahaja menamatkan sesi persekolahan dua tahun yang lalu. Tetapi penulis masih lagi mengingati apa yang dimuatkan dalam mata pelajaran yang diambil. Menurut sumber yang dipercayai, antara yang bakal dimuatkan dalam mata pelajaran pendidikan seks ini ialah antaranya, tubuh badan manusia, organ reproduktif dan fungsi-fungsinya, bagaimana persenyawaan boleh terjadi, bagaimana hendak mencegah daripada terjadinya persenyawaan, peranan ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka daripada terjebak dengan gejala sosial dan sebgainya. Penulis akui, memang bagus. Tetapi persoalan nya sekarang, tidak cukupkah dengan apa yang telah sedia ada. Penulis merasakan semua yang ingin dimuatkan dalam mata pelajaran pendidikan seks telah pun tersedia sekian lama termaktub dalam mata pelajaran yang sedia ada seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam bagi pelajar yang beragama Islam, dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam. Pada peringkat yang tertinggi pula, Biologi diperkenalkan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang organ peranakan dan peranan-peranannya. Bagi pelajar aliran agama, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaraan Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah. Lihat! Kerajaan telah sekian lama memuaatkan dalam subjek-subjek yang sekian lama didedahkan kepada pelajar. Perlukah ada subjek yang lebih spesifik dan nama yang lebih jelas, lebih terarah kepada pencegahan seks bebas seperti pendidikan seks ini! Mengapa perlu membazirkan wang, masa dan tenaga untuk melakukan kerja dua kali yang langsung tidak mendatangkan manfaat bahkan dibimbangi keburukan pulak yang timbul. Tidak perlu buat kerja yang sama sebanyak dua kali dalam satu masa. Bukan kah rugi nama nya. Ilmuan, negarawan dan tokoh Negara yang terkenal, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 menyatakan bahawa, pendidikan seks tidak perlu dilaksanakan dinegara kita, satu dasar yang membazir dan peranan semua pihak ialah memberi penekanan dan penegasan dengan lebih mendalam tentang silabus yang berkaitan pendidikan seks. Guru-guru dan ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka, bijak dan rasional ketika disoal oleh pelajar-pelajar dan anak-anak tentang soalan yang berkaitan tentang diri mereka. Tidak perlu melenting dan mengelabah ketika disoal tentang seks dan reproduktif. Mereka perlu diterangkan dan diberi penjelasan supaya mereka faham dan lebih peka tentang penting nya menjaga maruah dan harga diri masing-masing. Jangan berselindung dan bersembunyi tentang sesuatu fakta yang berkaitan. Kerana bimbang mereka akan mencari sendiri melalui sumber yang tidak sah. Penulis setuju!

Apa yang perlu semua pihak laksanakan terutamanya guru-guru bagi subjek-subjek tersebut ialah hanya perlu tekankan lagi kepentingan dan tegaskan lagi akibat buruk gejala sosial ini kepada masa depan mereka. Ibu bapa terutamanya yang dianggap sebagai ‘role model’ anak-anak perlulah menjalankan tangungjawap dan amanah mereka sebaik mungkin. Buang rasa malu untuk mengajar anak-anak mereka tentang peri pentingnya menjaga tubuh badan dan maruah diri. Ajar mereka untuk ada rasa malu yang menebal terutamanya anak-anak perempuan. Bagi anak-anak lelaki pula, mereka perlu diberi penegasan tentang cara-cara menghormati diri sendiri dan kaum wanita. Tidak sewenang-wenangnya diberi kebebasan tanpa batasan dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan wanita. Mereka perlu dididik agar sentiasa berani menghalang anasir-anasir jahat dan kuat melawan hawa nafsu. Sebenarnya pendidikan perlu bermula semenjak dari rumah lagi. Istilah ‘Baiti Jannati’ yang telah lama tenggelam perlu dijadikan prinsip asas untuk mendirikan rumah tangga bahagia. Bapa adalah pemimpin keluarga dan ibu pula adalah pembantu bapa ketika menguruskan rumah tangga. Gunalah prinsip pendekatan Islam sebagai acuan untuk membina keluarga yang diredhai dan diberkati oleh Allah.


Rasulullah juga menyuruh umatnya untuk mengasingkan anak-anak mereka semasa tidur ketika umur mencecah 7 tahun. Hal ini untuk menjelaskan kepada anak-anak tentang pentingnya menghormati kehormatan dan soal peribadi sendiri dan orang lain dan perbezaan gender antara adik beradik lelaki dan adik beradik permpuan. Dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman supaya tidak memperlihatkan perhiasan iaitu tubuh wanita kecuali yang nyata seperti muka dan kedua-dua tapak tangan serta melabuhkan kerudung mereka sehingga menutup leher dan dada mereka. Dalam surah al-Ahzab ayat 59 Allah telah berfirman, Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak engkau dan perempuan-perempuan beriman supaya mereka menutup tubuhnya dengan pakaian( ketika di luar) dengan demikian mereka tidak akan diganggu, dan Allah itu Maha pengampun dan Maha penyayang. Dalam surah an-Nur ayat 58 pula, Allah S.W.T telah menetapkan untuk meminta izin kepada ahli keluarga untuk memasuki bilik mereka pada 3 waktu iaitu sebelum solat subuh, waktu zuhur dan selepas isya’. Hal ini adalah kerana pada waktu ini ahli keluarga kita akan menukar pakaian untuk berehat dan hal ini dapat mengelakkan sumbang mahram di dalam keluarga. Kesimpulannya, bukankah apa yang diperintahkan oleh Al-Quran seperti menjaga pandangan dan kemaluan, menutup aurat dan melabuhkan tudung, pengasingan tempat tidur antara anak-anak dan ibu bapa; adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan, mendapatkan kebenaran sebelum memasuki bilik anggota keluarga yang lain, pencegahan daripada mendekati zina, tatacara hubungan suami isteri itu juga merupakan pendidikan seks?

Dengan maklumat yang terang dan jelas serta melebar luas, penulis merasakan pelaksanaan pendidikan seks di sekolah bukan lah satu tindakan yang bijak dan drastik, tidak perlu mengubah istilahnya semata-mata ingin agar pendidikan seks diterima ramai. Membahas masalah seks pada anak memang tidak mudah. Namun, mengajarkan pendidikan seks pada anak harus diberikan agar anak tidak salah melangkah dalam hidupnya. Pendidikan seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan menyelesaikan masalah utama/pokok. Penulis HANYA BESETUJU atau MENYOKONG pendidikan seks ini SEKIRANYA bahawa pendidikan seks ini dijadikan satu kurikulum nilai tambah dan bukannya suatu subjek. Maksudnya, Pendidikan seks ini akan diserapkan di dalam pelajaran Bahasa, Sains dan Biologi. Misalnya di dalam subjek Bahasa Melayu, Guru boleh menyuruh pelajar untuk membuat karangan yang bertajuk Keburukan Seks Bebas. Dalam subjek Biologi pula guru boleh mengajar pelajar tentang bagaimana seseorang wanita mengandung, perubahan-perubahan fizikal, kitar haidh dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan dengan wujudnya pendidikan seks ini dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk lebih mengenali diri sendiri dan dapat memberi pedoman kepada lelaki dan wanita terutamanya untuk menjaga maruah dan harga diri mereka daripada terjebak dalam seks bebas. Penyelesaian masalah seksual mesti melibatkan tiga pihak iaitu individu, kelompok dakwah dan pemerintah. Ketiga-tiga pihak mestilah menekankan kepada menguatkan pemikiran dan pelaksanaan hukum Islam serta mewaspadai dan menolak pemikiran selain Islam terutama Kapitalisma dengan segala bentuknya dan ini InsyaAllah akan segera terlaksana dibawah naungan Khilafah Islam. Penulis tidak memaksa para pembaca untuk menerima jauh sekali untuk menerima bulat-bulat apa yang telah dihuraikan sebentar tadi. Cuma apa yang penulis harapkan dari anda semua ialah, marilah kita sama-sama renungkan kembali baik buruknya sekiranya pendidikan seks ini dilaksanakan dinegara kita. Penulis sayangkan Malaysia kerana disinilah penulis dilahirkan, dibesarkan, diberi didikan, bernafas dan tanah mencari rezeki. Marilah kita bahu-membahu dalam rangka mengembalikan semula kehidupan Islam yang mulia di bawah payung kesatuan umat Khilafah Minhaj ala Nubbuwwah...Wallahu’alam.

Saya Insan Biasa -->

~Ctr Muhammad Asyraf~

*p/s:mengambil masa 8 hari untuk mencari maklumat dan informasi berkenaan dengan topik yang dibincangkan. Bimbang tersalah menyampaikan maklumat dan boleh menimbulkan salah faham dan paling takut sekali ialah fitnah! Syukur Alhamdulillah....^,^

2 comments:

xaviersire said...

1- emphasize more on ur opinion:u dislike that this thing is made into a subject in school..
2- this can only be considered you personal opinion thus cant be made a reference by other,tapi dengan ayat berjela2 macam ni..its just a waste of time for the readers..

Assalamualaikum... said...

I'm so sorry. but i try to make it as short as possible. i try to explain the readers why government should not realise it. think twice before we act or talk right?? i just not tell the readers why i rejected this proposal, but i give my opinion the another ways to replace their idea. Al-Quran and As-Sunnah is the best solution. i want u to remember it..ok!! thanks