Pages

Monday, April 5, 2010

Aku Kini...

Aku kini...
Seorang insan bernama,
Telah pun lahir ke atas dunia sejak sekian lama,
Meniti arus kehidupan yang penuh pancararoba,
Cabaran demi cabaran telah pun aku diduga,
Bakal lahirnya aku sebagai seorang pembicara,
Bukannnya sebagai seorang yang petah berdusta
Tidak aku pinta untuk diangkat manjadi seorang bidadara,
Cukup lah aku dikenali sebagai seorang hamba,
Mengabadikan diri kepada yang maha Esa.


Aku kini...
Sering kali mengeluh apabila melihat manusia,
Mereka kini alpa terhadap nikmat yang sementara,
Diberi bukan untuk disalah guna,
Tapi, untuk dimanfaat demi kebaikan bersama,
Mata aku sakit melihat perangai remaja,
Berkelakuan bagai tiada agama,
Memijak-mijak maruah bangsa,
Akhirnya yang malu, negara jua,


Aku kini...
Kasihan dengan apa yang terjadi dihadapan pancaindera,
Bersepah nya kini rumah-rumah orang tua,
Dimana kah anak-anak mereka,
Yang dahulu nya disayangi dan dijaga,
Dimanakah silap nya ibubapa,
Mendidik anak-anak muda,
Harapan untuk melihat mereka berjaya,
Tetapi akhirnya tersungkur dihadapan Pencipta,
Dek kelalaian mengejar harta yang sia-sia.




Aku kini...
Pelik dan aneh yang tidak aku sangka,
Melihat manusia yang merupakan ciptaan paling istimewa,
Dijadikan daripada gabungan ovum dan sperma.
Lalu disenyawakan di rahim ibu yang mulia,
Lahirnya mereka pada masanya,
Sejuta harapan dan impian disemadikan didalam jiwa,
Namun akhirnya, lain pulak jadinya,
Mereka yang diharapkan untuk membongkar rahsia carekawala,
Rupa-rupanya pelontar najis dimuka bangsa dan negara


Aku kini...
Sering kali termenung buat seketika,
Apa sebenarnya sudah terjadi keatas kaca dunia,
Deria aku mula terasa,
Agaknya dunia ini sudah benar-benar kecewa,
Dengan sikap rakus manusia,
Bertindak tanpa menggunakan minda,
Akal yang diberi tidak diguna,
Lebih baik bagi sahaja kepada haiwan yang bijaksana,
Itu sebagaia simbol kehinaan manusia yang celaka,
Asyik nya mereka mengira-ngira wang binasa.


Aku kini...
Akur terhadap sunnatullah Maha Perkasa,
Lahirnya manusia dari pelbagai bangsa,
Diciptakan manusia yang sempurna,
Disebalik kesempurnaan itu, sudah pasti ada cacat cela,
Pasti ada hikmah untuk insan-insan yang bangga,
Agar mereka sedar diri bahawa manusia itu sama sahaja,
Bukan lah warna kulit, darjat, keturunan dan harta,
Untuk dijadikan sebagai ukuran manusia dipandang mulia.
Menentukan martabat hamba hanya lah iman dan taqwa.




Aku kini...
Sayu melihat roda alam semesta,
Disempurnakan dengan tercipta nya kaum adam dan hawa,
Dunia ini indah kerana berlatar belakangkan pelbagai warna,
Pelbagai tumbuh-tumbuhan sedang mekar berbunga,
Haiwan juga tidak ketinggalan menghiasi cebisan rasa,
Itu semua, tidak Allah jadikan sia-sia,
Sudah pasti ada hikmah tersurat dan tersirat untuk hamba-Nya,
Agar tidak mengkhianati perjanjian yang telah termeterai sekian lama,


Aku kini...
Mahu menyeru kita semua,
Ayuh lah!!! bangun dari mimpi lena,
Menongkah arus globalisasi yang menduga,
Meniti erti kekidupan bertunjangkan matlamat serupa,
Dengan berpaksikan tauhid akidah yang redha,
Menafikan syirik yang semakin berleluasa,
Memamah kehidupan dunia yang fana,
Kita sebenarnya lupa dan alpa,
Tidak dijadikan begitu sahaja,
Tanpa mengenali amanah yang sekian lama,
Dibebankan keatas kepala,
Allah dan syurga destinasi bahagia,
Menjanjikan kebahagian dan keasyikan yang tidak disangka,
Keperitan dan kesengsaraan kini dibalas jua,
Dengan kehidupan di raudhah yang Maha Bijaksana,
Itulah tujuan sebenar kita dicipta,
Dari hamba yang tersengat lah hina,
Seseungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku yang sebenarnya,
Tidak lain tidak bukan adalah hanya Allah semata-mata.


Hasil nukilan :
~Ctr Muhammad Asyraf~


**syukur Alhamdulillah, telah siap juga sajak hasil karya saya sendiri. Seharian berfikir untuk menghasilkan karya ini. Syukur kepada Allah, Tuhan semesta alam kerana terus memberi saya kudrat dengan mengilhamkan saya, cebisan-cebisan idea untuk terus saya melaksanakan tanggungjawap saya sebgai seorang dai’e...syukur Alhamdulillah ^,^

2 comments:

musafir_kerdil said...

cap..puitisnye..n i lyke it..very da meaningful...good...keep it up...satu tarbiah yg bagus...

Zaid Harithah Mohd Badry said...

menarik puisi ni. Alhamdulillah