Pages

Tuesday, March 23, 2010

Kasihan Gadis Cantik Itu

Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..


Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Kapan mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk,
Gadis itu sungguh kasihan..


~Hasil nukilan : CtR Muhammad Asyraf~


*p/s: nukilan dari hati yang kecil, pemberian yang ikhlas untuk dihadiahkan kepada puteri-puteri islam yang kini sedang bermujahadah menentang godaan-godaan dunia dan semoga anda semua kini sedang dirahmati Allah, diberi perlindungan dan kekuatan untuk terus memperjuangkan hak-hak anda selaras dengan tuntutan Islam..

4 comments:

Anonymous said...

best3 sgt3 ash:')

Ana Aisyah said...

Salaam Alaykum..

publish la kat fb pastu tag nama kaum Hawa banyak2..biar mereka dapat buka mata sikit.. =)
ramai yg pakai tudung labuh,penampilan ok,nampak baek namu hakikatnya buat jugak benda yg yg xelok such as ~ couple

Thahar said...

Ini nukilan saudarakah?
Bagus~

'Adani Sanusi said...

aduh.. kasihan ya.. minta2 kita di jauhi dari semua itu.. Moga di kuatkan hadi saat bermujahadah pada jalanNya,, amin