Pages

Friday, March 12, 2010

Anugerah Allah Tidak Terhitung

Assalamualakum warahmatullah...

Dimulai dengan nama ALlah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam buat nabi junjungan, apa khabar sahabat sekalian? Semoga sentiasa sihat sejahtera, selamat dan semangat di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi.. Senyum-senyum sokmo deh.. ^,^

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat blogger dan para pembaca yang saya kasihi.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, Dia yang menciptakan, Dia yang maha berkuasa, menentukan segalanya..

Syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini saya mendapat dua berita gembira. Alhamdulillah.. Dalam kesempitan, bingung memikirkan masa depan, Allah tidak biarkan saya sendirian. Dia tahu sejauh mana saya mampu bertahan, Dia tahu kekuatan saya sebesar mana, sungguh, saya rasa benar-benar disayangi-Nya. Betapa Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

Tika lutut ini terasa lemah, hampir mengalah dengan dugaan mendatang, Allah datangkan saya mereka yang sudi memimpin tangan, memberi kekuatan kepada saya.. Mereka tidak jemu memberi sokongan, menjadi kekuatan buat diri ini. Sungguh, saya tidak rasa saya keseorangan di dunia ini. Mereka sentiasa ada, membisikkan kata-kata semangat, memberi idea dan pandangan, alhamdulillah.

Hidup kian bererti bila ketentuan Allah mengubah segalanya. Tanpa kita rancang, tanpa kita duga, pertolongan Allah datang tanpa kita sangka-sangka. Tanpa diminta, syukur kerana ada yang sudi hulurkan tangan, sama-sama merancang untuk kehidupan akan datang. Terima kasih Allah atas segala-galanya.

Berita kedua adalah, Alhamdulillah, saya dah bertemu dengan seorang sahabat lama saya yang saya anggarkan hampir 7 tahun kami berpisah. berpisah kerana Allah, berpisah kerana mencari haluan masing-masing untuk mencapai redha Ilahi, berpisah kerana menuntut ilmu yang diredhai disisi Ad-Dean. Allah ya rabb. Syukur pada-Mu Tuhan.. Sungguh banyak kebaikan-Mu terhadapku.. Sungguh banyak pemberian-Mu kepada ku.. Terima kasih Allah.. Alhamdulillah..

Kepada semua, maaf saya asik meminta-minta dari kalian, minta doa dari sahabat semua. Doakan agar semuanya lancar ya.. Saya perlukan doa dan restu sahabat yang dikasihi Allah. Kalian juga besar nilainya buat diri saya..

Dan kepada sahabat yang dikasihi, jangan berhenti berharap, jangan pernah penat berdoa dan memohon kepada ALLAH. Dia sentiasa ada bersama kita, mendengar rintihan kita. InsyaAllah, sampai masanya walaupun kita tidak tahu bila, Dia akan makbulkan jua doa-doa kita itu, insyaAllah.

Sentiasalah berbaik sangka kepada Allah, optimis dan positif.. Andai hari ini kita jatuh, tidak bermakna selama-lamanya tempat kita di bawah.

Usaha. Bangkit. Mohon bantuan dari Allah. Firman Allah..

"Mohonlah pertolongan dari Aku dengan jalan mengerjakan solat, dan bersabar.."

Moga Allah permudahkan segala urusan, amin ya rabb..

Wallahualam...

Ctr Muhammad Asyraf Ibnu Ashaari...


*note: (catatan ringkas harian untuk hari ini)
pagi -> hantar ayah ke airport bayan lepas, ayah ada hal dekat swis.
petang -> hantar adik ke rumah saudara di alor setar, kedah
malam -> solat jenazah ghaib secara berjemaah di masjid negeri pulau pinang, serta tahlil dan doa selamat untuk disedeqahkan kepada sahabat Almarhum Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi semalam :((

1 comments:

Anonymous said...

best sgt:))makasih:))