Pages

Thursday, July 15, 2010

Sebaik-baik 'Demonstrasi'....

“Assalamualaikum warahamatullah.... Assalamualaikum warahmatullah....”

Sambil aku mengalih pandangan ke kanan dan ke kiri, memberi salam, memenuhi rukun solat yang ke-13. Para jemaah bersalam-salaman sebagai tanda ikatan ukhwah islamiah yang terpahat kukuh di jiwa. Ada jemaah yang pulang ke rumah masing-masing dan ada juga yang masih beri’tikaf di East London Mosque, London Muslim Centre yang terletak hanya 10 km dari rumahku.


Aku melihat suasana subuh kali ini, sangat menakjubkan. Hal ini kerana bilangan jemaah yang menunaikan solat subuh begitu ramai sekali. Tidak pada hari-hari yang sebelumnya. Terlintas dihatiku, membayangkan suasana masjid di tanah airku. Amat mengecewakan sekali. Saf pertama pun amat susah dipenuhi, itupun, ramai jemaah yang berstatus masbu’. Aku tidak mahu membuang masa, segera mengambil senaskhah Al-Quran, membaca sehelai demi sehelai ayat-ayat cinta dari Ilahi. Sungguh menusuk kalbu, membuat sesiapa sahaja mengalir mata dikala memahami satu persatu kalam suci itu. Udara dingin diwaktu subuh, menggigit tulang hitamku. Sungguh sejuk sekali. Segera aku mencapai ‘sweater’ hadiah pemberian sahabat baikku, ikhwan sebelum aku berlepas ke bumi ‘mat saleh’, United Kingdom..hehe


Disaat aku asyik sekali membaca Al-Quran, terasa hand phone aku berbunyi perlahan. Lantas aku menjawap panggilan dari sahabat baikku, khairul.

“Assalamualaikum acap. Jangan lupa taw. Kita dah janji nak pergi Coventry en. Nak melawat cousin aku dekat Coventry University. Aku ambik engkau dekat rumah nanti. Pukul 10 aku sampai lah, ok? “

“Waalaikumussalam. Ok-ok. Aku ingatlah. Tak lupa punye. Risau betul engkau en. Insya Allah. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita nanti. Ameen.”

Baru aku teringat, aku dah berjanji dengan dia semalam untuk menemani dia melawat sepupu lelaki nya yang kini sedang menuntut di Coventry University, barat UK.

Aku segera menyiapkan langkah untuk pulang ke rumahku untuk bersarapan pagi. Terlintas dihatiku, sudah tentu ibu sedang menyiapkan sajian yang enak-enak untukku. Bertuahnya aku kerana memiliki seorang ibu yang penyayang, bertanggungjawap dan memahamiku.

Ketika dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan seorang pakcik yang agak berumur. Sedang menghirup secawan kopi di Hard Rock Cafe, London. Dari gaya dan langkahnya, aku kenal lelaki itu. Dia lah Pakcik Harun, jiranku. Kami telah berjiran hampir 3 tahun yang lalu. Dia tinggal bersama anaknya yang telah mendirikan rumah tangga dan kini sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ph.D di London School of Economics (LSE) dalam bidang Business & Management.


Pantas aku menghentikan kereta, mencari tempat yang sesuai untuk parking dan memberi salam kepada Pakcik Harun. Dia tersenyum sambil menjawap salam dan berjabat tangan denganku.

“Pakcik buat pe dekat sini? Minum sorang-sorang aje? Mana anak pakcik?”

“Alaaa, saje je pakcik nak ambil angin sambil minum kopi dekat sini. Lama benar tak rasa penangan kopi mat saleh ni. Anak pakcik ade dekat rumah. Kalau kamu nak jumpa dia, datang lah rumah”

“insya Allah, pakcik. Esok lusa saya datang melawat ke rumah pakcik”

Hidung aku berair, gatal dan bersin tidak henti-henti. Lantas aku mengambil sehelai sapu tangan di dalam kocek baju melayuku.

“Kamu selsema ye? Banyak-banyak lah berehat. Pakai lah baju yang sesuai. Sini bukan nya Malaysia, tidak sesuai pakai baju nipis-nipis. Jangan kerap sangat keluar rumah. Badan kamu kena sesuaikan diri dengan cuaca di sini.”

Pesan Pakcik Harun sebagai tanda dia begitu prihatin dan ambil berat tentang anak jirannya ini.

“Emmph, baik lah pakcik. Terima kasih atas nasihat pakcik itu. Demam biasa aje ni, lambat laun sembuh la. Insya Allah, nanti saya makan panadol 2 biji, baik lah demam tu”

Pakcik Harun membuka bicara nya pagi itu.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnye. Gambar Perdana Menteri Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalau lah tidak mengenangkan undang-undang, dah lama kami ikut je hati nak bakar Kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh umat dunia Islam. Dijangkakan banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepaskan peluang.”

Saya cuma mengangguk. Mungkin kerana demam, saya banyak berdiam diri sahaja. Lagipun saya telah diajar, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.


“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit... janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya tersenyum. Saya bersuara perlahan,

“Saya sokong tindakan pakcik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Zionis.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ni.”

“Pakcik hisap rokok ea? Jenama ape?”

Saya semakin mula teruja untuk berbual.

“A’ah. Masih Winston. Dah sebati sejak dahulu.”

“Winston from America?” bisik saya perlahan


Kali ini pakcik itu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit pun pakcik masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan kamu tentang demonstrasi ini?”

Kilasnya mengalih arah perbualan.

Sebaik-baik Demonstrasi

“Ada langkah yang utama dan pertama daripada itu.” Tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat subuh berjemaah.”


“Kita cakap bab jihad, kamu bercakap bab ibadat.”

Muka pakcik itu mula kemerahan. Tangannya mula digenggam.

“Jihat dan ibadat tidak dapat dipisahkan. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup pikul senjata!”

“Betul. Tetapi kena kuakkan dahulu selimut yang menutup umat yang masih tidur menjelang subuh.”

“Saya tak faham.”

Jelas diwajah pakcik itu, dia sedang dalam kebingungan dan perlukan penjelasan.

“Pakcik, Israel mesti ditentang mengikut kaedah yang menyakitkan hati dan menakutkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Hal ini diakui sendiri oleh orang cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

Pakcik Harun mula berminat untuk mengetahui lagi dan dia mula memahami maksud tersirat aku.

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ adalah didik umat ini menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau dan di masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak membantu kita. Sejarah telah pun membuktikan. Lihat sahajalah sejarah Badar dan Khandak, bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat begitu akrab sekali hubungan mereka dengan Allah. Lihat pula Salahuddin al-Ayubi, lihat Muhammad al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga rukun Islam yang ke-2 itu dan ibadat-ibadat khusus yang lain.

Cara Hidup Islam

Hampir terlupa aku pada janji diri untuk lebih mendengar. Aku menarik nafas panjang. Kembali merenung pakcik tersebut dengan senyuman.

“Kamu rasa bakar bendera Israel tak perlu ke? Mana kemarahan kamu? Mana keprihatinan kamu terhadap isu Palestin?”

Aku tenang menjawap soalan beliau dan tidak cepat melatah sebagai tanda hormat aku kepada orang yang lebih berumur.

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah! Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain, itulah yang lebih perlu. Cukup sebulan sahaj umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah mencecah berjuta-juta ringgit. Dan dengan wang yang terkumpul itu, boleh kita hantar banyak lagi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Owh, kamu sindir saya ya?”

“Pakcik, saya tiada niat untuk menyindir sesiapa pun. Kebanyakan umat Islam termasuk kita, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi tidak pada tindakan.”

“Saya dah bertindak. Saya dah berdemonstrasi!”


Lagi-lagi kesitu fikirnya... aku tidak cepat mengalah. Putus asa bukannya sebahagian dari cara hidup aku.

“Pakcik, dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut telunjuk mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara mereka?”

“Pakcik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat umat Islam kita telah membangun dengan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam, cara hidup mesti Islam.”

“Tidak pakcik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup Islam. Gaya hidup mereka jauh menyimpang seperti mana yang diajar didalam al-Quran.”

“Buktikan kepada saya.”

“Dedah aurat, berpakaian tetapi bertelanjang, pergaulan bebas, riba, judi, minum arak, abaikan solat, budaya hedonism dan dualism masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahajalah unsur tahyul, mistik, kepercayaan karut dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara Islam bererti terperangkap dengan cara hidup mengikut fahaman kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”


Pakcik Harun terkejut sedikit lantas menyampuk,

“Mana Yahudinya? Kamu kata Yahudi, tetapi yang kamu sebut golongan liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga sistem fahaman itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta dari golongan yang sama... Zionis Yahudi!”

Pakcik itu mula mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju dan faham apa yang dimaksudkan olehku sebentar tadi.

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Aku menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan genuine.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius dalam menunaikan solat lima waktu dengan penuh penghayatan. Sehingga dengan solat itu, kita mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

Pakcik itu menunjukkan minatnya lagi untuk mengetahui penjelasan aku yang seterusnya dengan mata yang masih tidak berkelip-kelip lagi.

“Tinggalkan riba, judi dan arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwahi dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“Lagi?”

“Pakcik, cara hidup Islam terlalu banyak untuk diamalkan dalam seharian. Dengan mengamalkannya satu persatu. Kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap Yahudi. Apabila kita boikot cara hidp berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Hollywood.

“Idola Amerika”

“Ya! Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur mudah dijajah.

Sakitkan Yahudi

Pakcik itu berbatuk-batuk. Saya urut belakangnya perlahan-lahan.

“Dah lama pakcik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ye pakcik,” kata saya seakan-akan merayu kepadanya.”

“Semangat pakcik kuat, saya doakan pakcik Berjaya. Amin,” sambung aku.

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”


Kesal Pakcik Harun sambil menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.

Lantas aku menyambung penjelasan aku lagi.

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan dan anak-anak gadis kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya Allah Yahudi akan gigit hari dengan seribu kekesalan yang menggunung.

Sambung saya lagi...

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, zionis akan ketawa berdekah-dekah sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita bakar. Jeritan takbir Allahu Akbar itu bagus, bersemangat tetapi bukankah ucapan takbir dalam solat lima waktu itu lebih besar maknanya? Apakah Allah akan menerima dan menilai laungan daripada umat yang tidak bersolat?”

Pakcik Harun mengerutkan dahinya, ternyata sedikit kehairanan terpampar diwajahnya.

“Eh, kami yang demonstrasi semuanya solat-solat belaka...”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana kajian membuktikan bahawa 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan selebihnya, 20% pula solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan, berdasarkan taklid semata-mata, solat tidak cukup 5 waktu sehari, jauh sekali untuk khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?” ujar aku panjang lebar.

Pakcik Harun diam seribu bahasa. Dia begitu asyik mendengar apa yang disampaikan oleh aku sebentar tadi. Dia kini faham. Lebih dari faham. Dia kini sudah tahu apakah maksud ‘demonstrasi’ yang benar-benar boleh membuat musuh-musuh Islam kecut perut iaitu SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH yang bilangan nya sama saperti solat jumaat.


Anak pakcik Harun, Encik Zafrul Aidil memanggilnya pulang. Mungkin sudah tiba masanya untuk makan ubat agaknya. Dia melangkah perlahan, bergerak menuju ke arah anaknya yang sedang menunggu di dalam kereta BMW 5 Series Sedan miliknya. Dia bersalaman denganku sambil meminta izin untuk pulang dengan segera. Dia tidak mahu menyusahkan anak kesayangannya itu. Aku faham dan membalas salamnya itu sambil seukir senyuman aku hadiahkan kepadanya.

Sewaktu aku ditinggalkan sendirian, sempat aku lontarkan pandangan ke luar cafe. Terus merenung dan berfikir. Terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam siri demonstrasi yang dipaparkan didada akhbar dan kaca televisyen.

Alangkah indah dan manisnya jika demonstrasi dibuat seusai solat subuh berjemaah dan sebelum itu didahului dengan qiamullail dan qunut nazilah.

Dan kemudian setelah selesai demonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup berteraskan Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan pentadbiran masing-masing. Bukan hari itu sahaja... tetapi hari-hari yang berikutnya. Untuk lebih mudah difahami lagi, SETIAP HARI!



Ah! Bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (cara hidup) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah al-Baqarah ayat ke-120.

Alangkah baiknya jika jeritan Allahu Akbar dibuktikan dengan penegakkan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekaligus “mengecilkan” pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini.

Sedih memikirkan masalah umat masa kini. Baru aku teringat tentang janji aku dengan sahabat baikku, Khairul. Jam tanganku menunjukkan masih ada beberapa jam lagi untuk khairul mengambil aku dirumahku. Lantas segera aku berjalan menuju ke keretaku. Enjin dihidupkan, Ayat-ayat suci al-Quran dipasang sebagai peneman aku disepanjang perjalanan pulang kerumah yang terletak 8 km sahaja lagi....


Keseorangan di Kota London -->
~CTR Muhammad Asyraf~

**saya kini sedang menghabiskan cuti di UK. menemani ibu saya selain menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, Abg Syahid. Saya seringkali memikirkan bagaimanakah cara untuk menakutkan musuh-musuh Islam ini. Mereka terkenal dengan sikap angkuh, sombong, takabbur, tamak dan mementingkan diri sendiri. jangan lah kita mempunyai sifat-sifat seperti itu, kelak kita pun tergolong dalam golongan seperti itu. mahu kew? X_X

2 comments:

Nuranis Sanusi said...

da ada lagu blog nih yer... hihi..

betul tu dik.. yahudi takkan suka pada kita selagi kita tak ikut kehendak mereka.

hukum2 yang Allah tetap kan pada kita sehari2 adalah cukup sempurna untuk bentengi dri kita dan umat islam dari kaum2 laknatullah itu.

Zaid Harithah Mohd Badry said...

salam akhi. keep up the good writing!

btw ana nak link ke entry ni boleh?