Pages

Saturday, February 13, 2010

Pemikiran Sekular Disebalik Isu 'Khalimah Allah'

Assalamualaikum kpd pembaca-pembaca sekalian..

bertemu lagi kita utk sesi forum dan perkongsian ilmiah..

Negara digemparkan dengan 'isu nama Allah'. Ramai pihak melenting dan cemas dengan isu yang hangat ini. Justeru itu, pihak UMNO sekular tampil seola-olah untuk menjadi 'superman' untuk menyelesaikan isu ini walaupun tidak mahu menerapkan hukum-hakam Allah setelah memegang kekuasaan.

Di sebalik isu ini, adakah kita terfikir bahawa pemikiran umat Islam kini sudah terpalit dengan satu pemikiran yang amat berbahaya yakni pemikiran sekular. Di arus kehidupan kita, sudah jelas bahawa jarum-jarum sekular sudah berjaya menusuk ke dalam sanubari umat Islam.

Apabila isu nama Allah dibangkitkan, ramai yang melenting dengan mengikut emosi dan tanpa menampilkan dalil-dalil yang menyokong tindakan mereka. Tindakan masyarakat sekarang umumnya sudah mencirikan pemikiran arus sekularism. Masakan tidak, apabila isu nama Allah dibangkitkan, mereka melenting. Tetapi, apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, adakah masyarakat hari ini umumnya melenting, mengadakan demonstrasi, dan sebagainya?

Sekularism memisahkan agama dengan kehidupan. Apa yang terlihat jelas dari isu ini, gaya pemikiran masyarakat sudah berjaya disekularkan oleh pihak penjajah. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan dalam kehidupan, adakah masyarakat akan berdemonstrasi dan membantah tindakan penguasa? Tetapi apabila isu nama Allah ditimbulkan, masyarakat membantah, cemas, dan berdemonstrasi untuk 'menentang kebatilan'.






Adakah Islam itu terletak pada amalan ritual sahaja? Sehinggakan apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, masyarakat membisu seribu bahasa. Tetapi apabila isu-isu hangat seperti nama Allah, perobohan masjid, dan ibadah, ramai yang akan melenting tanda membantah. Jelaslah di sini, umat Islam yang sudah tercucuk jarum sekular telah mengasingkan Islam dengan kehidupan. Islam bukanlah agama ibadah khusus sahaja. Malah Islam merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk politik, pemakaian, ekonomi, dan sebagainya.

Sesungguhnya semangat yang ada pada isu nama Allah ini perlu ada pada setiap aspek kehidupan seseorang muslim. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan, kita juga wajib memuhasabah pemimpin dan membantah tindakan mereka yang membelakangi Islam itu. Sesungguhnya pemikiran-pemikiran sekular telah merosakkan arus kehidupan umat manusia.

Wallahu a'lam.

***geram dgn golongan yg konon nye ingn membela dan mempertahankan kesucian Islam, tapi sedar tak sedar tindakan nya itu secara tidak langsung memburukkan lagi keadaan...

0 comments: