Pages

Sunday, February 28, 2010

Ya Allah beri lah hamba Mu ini secebis kekuatan

Assalamualaikum...

sibuk dan terus sibuk dengan kerja-kerja harian. masa yang mencemburi saya benar-benar membataskan pergerakan saya. corseworks dan lab report belum siap lagi sepenuhnya. esok (2 March 2010) adalah 'deadline bagi kesemua kerja-kerja tersebut. tambahan pula, saya dan beberapa sahabat-sahabat yang laen baru sahaja pulang daripada menghadiri kem ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran oleh akh Shazwan (abang wei) selama 2 hari 1 malam bertempat di Masjid Al-Hassanah, Bandar Baru Bangi.



Laluan masuk ke Masjid Al-Hassanah


untuk menceritakan pasal kem itu, insya Allah saya akan post kan pada lain masa, seandainya Allah masih memberi saya sedikit ruang untuk terus menulis.

Wallahua'lam..

*p/s: sambung balik buat kerja...hehe

Sunday, February 14, 2010

Malaysia Tidak Akan Aman Selagi Sekular Masih Diiktiraf


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang amat saya sayangi....:D

maaf sekiranya saya agak lewat untuk menge 'post' bahan bacaan untuk hari ini. hal ini kerana dek kesibukan kerja2 tutorial, assignmnt dan kenduri yg xhenti2..syukur Alhamdulillah kerana saya masih lagi diberi nafas dan peluang utk terus menjalankan kerja-kerja dakwah ini. matlamat saya 1 shja, mncari keredhaan Allah (Seeking His Pleasure). mudah-mudahan amal ibadat kita diterima dan seterusnye mmberi manfaat kepada kita di hadapan Allah kelak. ameen..

SEKULAR... 1 penyakit yang paling digeruni yang sedang melanda umat islam masa kini, tetapi sejauh manakah kita mnyedari hakikat virus ini yang ternyata lebih berbahaya daripada virus H1N1..oleh itu, sama-sama kita renungkan....

....................................................................

1. Pengenalan

a. Sekular atau dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai ‘ilmaniah, adalah satu gerakan yang muncul disebabkan ketidak puasan hati manusia dengan Kristian. Masyarakat yang hidup di bawah pemerintahan Kristian sebelum kelahiran Baginda SAW, dalam keadaan merana, ditekan, dan dinafikan hak. Gereja berkuasa umpama pemerintahan yang total. Manusia tidak dibenarkan menentang isi kandungan Bible yang telah diseleweng dan sebagainya.

b. Maka, disebabkan kebencian manusia terhadap pemerintahan gereja yang ternyata tersimpang dari ajaran Nabi Isa AS, maka manusia melakukan revolusi penentangan terhadap gereja. Maka terbentuklah pemikiran Sekular, yang memisahkan di antara agama dan politik. Kemunculannya bertujuan menolak pemerintahan gereja yang telah terpesong dari naluri kemanusiaan.

c. Segalanya bermula dengan kebangkitan di Prancis, yang berlaku pada 1789 M. ( an Nadwah al Alamiah Lisy Syabab al Islami, al Mausu’ah al Muyassarah Lil Adyan Wal Mazahibi Wal Ahzab al Mu’asarah, cet. Darun Nadwah al Alamiah, jilid 2, ms 131 )



Say NO to SECULARISM!!!

2. Sekular Dan Percanggahan Dengan Islam

a. Pemisahan agama dari urusan kenegaraan. Iaitu mendirikan kehidupan kosong dari panduan agama. Ia bercanggah dengan firman Allah SWT di dalam Surah al An’am : 162

Maksudnya : Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al An’am : 162)

b. Sekularisme mengakui kekuasaan yang mutlak dan hak yang mutlak adalah bagi manusia. apa yang dihalalkan oleh manusia ia adalah halal sekalipun semua agama bersepakat tentang pengharamannya. Ia bercanggah dengan firman Allah SWT di dalam Surah Yunus : 59

Maksudnya : Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum) : “Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah kepada mereka : “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Surah Yunus : 59)

c. Dasar rasmi dalam perundangan ialah penggubalan perundangan, dalam menentukan suatu hukum dan membelakangkan asas-asas syariat Islam. Ia bercanggah dengan firman Allah SWT di dalam Surah al Ma’idah : 50

Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum Jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.(Surah al Maidah : 50)

d. Kanun Keseksaan dalam Islam (Hudud dan Qisas) ditinggalkan sama sekali. Ia bercanggah dengan Islam berdasarkan Surah al Ma’idah : 44

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)

e. Hakim-hakim di mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan sekadar melaksanakan undang-undang yang digubal. Sekiranya mereka menjalankan hukuman yang berbeza dengan undang-undang tersebut, secara automatik ia terbatal. Ini bercanggah dengan kekuasaan “hakim yang diiktiraf oleh Islam” berdasarkan Surah al Nisa : 135.

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah an Nisa : 135)

3. Kesimpulan Tentang Fahaman Sekularisme

a. Memisahkan Islam dengan politik. Mereka mendakwa politik itu kotor sedangkan Islam itu bersih. Ini jelas bertentangan dengan kesempurnaan Islam yang merangkumi semua aspek.

b. Menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam dan cara hidup Islam sepenuhnya. Mereka menyatakan ia tidak sesuai pada masa kini. Sebaliknya mereka menghadkan agama dengan urusan ritual dan menjaga diri masing-masing.

c. Melemparkan fitnah pada Islam bertujuan mengeliru dan menakutkan masyarakat yang cuba mendekati Islam. Contohnya penghinaan terhadap hudud dengan mengatakannya sebagai undang-undang kejam.

d. Menggalakkan cara hidup yang bercanggah dengan Islam. Contohnya mendedahkan aurat, hidup bebas dan menganjurkan majlis keramaian yang bercanggah dengan kepentingan akhlak. Perkara ini jelas bertentangan dengan Islam yang memelihara manusia daripada liar.

e. Menyalah tafsir mengenai Islam. Mereka menyifatkan perkara-perkara yang tidak baik apabila dilakukan secara terbuka menjadi baik. Mereka menganggap gerakan Kamal Ataturk di Turki dan lain-lain sebagai pembaharuan dan membawa kebaikan.

f. Menghidupkan semula amalan-amalan Jahiliah dan berusaha melupakan sejarah Islam. Antaranya seperti semangat kebangsaan sehingga sanggup menolak Islam atas dasar kebangsaan. Inilah yang dinamakan sebagai nasionalisme.

g. Menyalurkan fahaman sekular melalui pendidikan, pelajaran dan penyebaran media. Perkara ini sudah dapat dilihat di sekeliling anda. Contohnya di dalam rancangan televisyen, yang mencampuradukkan di antara kebenaran, dan kebanyakkan diisi dengan sesuatu yang merosakkan akhlak dan nilai kemanusiaan.

h. Menyebarkan ideologi-ideologi bukan Islam ke dalam masyarakat Islam. Maka, Islam akan dilihat sebagai satu perkara yang asing, dan dianggap pelik. Bahkan pemerintahan Negara Islam dilihat sebagai satu bencana yang perlu ditakuti. Inilah cernaan golongan sekular.

oleh itu, wahai sahabat-sahabat saya sekalian, apa pendapat anda tentang sekularism ini. awasi lah diri anda, keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat anda drpd dijangkiti virus sekularism ini. beri peringatan kpd yg laen sblm ia mnjadi lebih parah.. sesungguhnya baek itu datang nya drpd Allah, dan buruk itu dtg nya drpd Allah jge tp disandarkan atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri. siapa laa saya dimata Nya. amat jahil dan hina disisi Nya. maka celaka lah keatas orang-orang yang tidak mengambil iktibar daripada ayat-ayat Nya...

wallahua'lam...

semoga kita bertemu lagi untuk sesi akan datang...insya Allah.

Hamba Allah Yang Hina...
CTR Muhammad Asyraf ibnu Ashaari
ex-student SMKAnt (04-06), KisaS (07-08), KmK (09-10)

Saturday, February 13, 2010

Pemikiran Sekular Disebalik Isu 'Khalimah Allah'

Assalamualaikum kpd pembaca-pembaca sekalian..

bertemu lagi kita utk sesi forum dan perkongsian ilmiah..

Negara digemparkan dengan 'isu nama Allah'. Ramai pihak melenting dan cemas dengan isu yang hangat ini. Justeru itu, pihak UMNO sekular tampil seola-olah untuk menjadi 'superman' untuk menyelesaikan isu ini walaupun tidak mahu menerapkan hukum-hakam Allah setelah memegang kekuasaan.

Di sebalik isu ini, adakah kita terfikir bahawa pemikiran umat Islam kini sudah terpalit dengan satu pemikiran yang amat berbahaya yakni pemikiran sekular. Di arus kehidupan kita, sudah jelas bahawa jarum-jarum sekular sudah berjaya menusuk ke dalam sanubari umat Islam.

Apabila isu nama Allah dibangkitkan, ramai yang melenting dengan mengikut emosi dan tanpa menampilkan dalil-dalil yang menyokong tindakan mereka. Tindakan masyarakat sekarang umumnya sudah mencirikan pemikiran arus sekularism. Masakan tidak, apabila isu nama Allah dibangkitkan, mereka melenting. Tetapi, apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, adakah masyarakat hari ini umumnya melenting, mengadakan demonstrasi, dan sebagainya?

Sekularism memisahkan agama dengan kehidupan. Apa yang terlihat jelas dari isu ini, gaya pemikiran masyarakat sudah berjaya disekularkan oleh pihak penjajah. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan dalam kehidupan, adakah masyarakat akan berdemonstrasi dan membantah tindakan penguasa? Tetapi apabila isu nama Allah ditimbulkan, masyarakat membantah, cemas, dan berdemonstrasi untuk 'menentang kebatilan'.






Adakah Islam itu terletak pada amalan ritual sahaja? Sehinggakan apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, masyarakat membisu seribu bahasa. Tetapi apabila isu-isu hangat seperti nama Allah, perobohan masjid, dan ibadah, ramai yang akan melenting tanda membantah. Jelaslah di sini, umat Islam yang sudah tercucuk jarum sekular telah mengasingkan Islam dengan kehidupan. Islam bukanlah agama ibadah khusus sahaja. Malah Islam merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk politik, pemakaian, ekonomi, dan sebagainya.

Sesungguhnya semangat yang ada pada isu nama Allah ini perlu ada pada setiap aspek kehidupan seseorang muslim. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan, kita juga wajib memuhasabah pemimpin dan membantah tindakan mereka yang membelakangi Islam itu. Sesungguhnya pemikiran-pemikiran sekular telah merosakkan arus kehidupan umat manusia.

Wallahu a'lam.

***geram dgn golongan yg konon nye ingn membela dan mempertahankan kesucian Islam, tapi sedar tak sedar tindakan nya itu secara tidak langsung memburukkan lagi keadaan...

motivasi diri : 17 bahaya lidah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

berjumpa lg utk sesi yg baru...

mdh-mdhan tajuk utk kali ini sedikit sbnyk mmberi pengjrn dan iktibar kpd penulis dan pembaca..

17 bahaya lidah adalah:

1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. suka menghina orang lain.
12. menyebarkan rahsia.
13. berjanji lalu mendustai janji itu.
14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. memuji yang melampau-lampau.





Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda...


(١) عَنْ ثَوُبَانَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طُوْبىَ لِمَنْ مَلَكَ لِسَانَهُ، وَوَسِسعَهُ بَيْتَهُ، وَبَكَى عَلَى خَطِيْئَتِهِ

Terjemahan :

Daripada Tsauban Radhiallahu ‘Anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Berbahagialah bagi orang yang mampu mengawal lidahnya, dan luas rumahnya, dan menangis (karena menyesali) kesalahannya. [Hadis Hasan Riwayat Thabarany]



(٢) وعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِى اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ يَضْمَنُ لِيْ مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَابين رِجْلَيْهِ أَضْمِنْ
لَهُ الجَنَّ

Terjemahan :

Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).
[Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]


(٣) سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أكثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجنَّةَ فَقَلَ: تَقْوَى الله وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أكثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ: الأَجْوَفَانِ الفَمُ وَالفَرْجُ

: Terjemahan

Dari Sahal Bin Sa’ad Radhiallahu ‘Anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Barangsiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku terhadap apa yang terdapat di antara dua janggotnya (mulut atau lidah) dan apa yang terdapat di antara dua kakinya (faraj), niscaya aku jamin baginya syorga.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Tarmidzi]


...Wallahua'lam

Friday, February 12, 2010

Kisah Nyata Seorang Pemuda Arab Yang Menimba Ilmu Di Amerika

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya..kaifahalukum jamia'n? insya Allah semoga semuanya sihat walafiat..

Cerita yg amat menarik utk dikongsi bersama, mdh-mdhn kita cerita ini sedikit sbnyk dpt mmberi pngjrn dan motivasi kpd diri ana dan diri anda utk terus mnybrkan khalimah tauhid diatas muka bumi ini..wallahua'lam..

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.

Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja.

Semula ia berkeberatan. Namun karena ia terus mendesak akhirnya pemuda itupun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu si pendeta agak terbelalak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini.” Pemuda arab itu tidak bergeming dari tempatnya.

Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergeming dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, “Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu ia bertanya kepada sang pendeta, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim.” Pendeta itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun sang pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memujuk pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan markasnya. Pemuda muslim itupun menerima tantangan debat tersebut.


...Solat Itu Tiang Agama...


Sang pendeta berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata, ”Silahkan!”

Sang pendeta pun mulai bertanya,

1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandung
keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca basmallah ia berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman,
”Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
(Al-Isra’: 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis.Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman,”Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang dan *

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf .

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,“Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.”(Al-Baqarah:60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

15. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,”tak ada cercaaan terhadap kalian.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

..................................................................................

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawaban pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pamit dan beranjak hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?” Mendengar pertanyaan itu lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.

Mereka berkata, ”Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberimu satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Pendeta tersebut berkata, ”Sungguh aku mengetahui jawapan dari pertanyaan tersebut, namun aku takut kalian marah.

” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.”

Sang pendeta pun berkata, ”Jawabannya ialah: Asyhadu an La Ilaha Illallah wa anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugrahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.**