“Ah, penatnye!” aku mengeluh keseorangan.
Pagi itu, seperti biasa, aku baru sahaja selesai ber ’jogging’. Sasaran awalnya, aku bercadang untuk berlari sejauh 5 km. Tetapi, mungkin disebabkan faktor cuaca dan fizikal, niat aku terbantut. Aku hanya mampu berlari hanya kira-kira 2.5 km sahaja. Sedihnya, hanya Dia yang tahu. Tidak mengapalah, aku terima dengan apa yang telah ditakdirkan ke atas aku. Mungkin Allah lebih mengetahui tentang baik buruknya aku.
Segera aku mengapai sehelai tuala kecil untuk mengelap peluh yang mengalir deras di badanku. Sambil meneguk segelas air sejuk, sempat aku mengalihkan pandanganku kearah sebuah tasik yang terbentang luas dihadapan mataku. Dengan dikelilingi pohon-pohon hijau yang rimbun, sekawan angsa yang asyik bermain air, langit yang redup membiru ditambah pula kedinginan angin yang meniup manja, benar-benar membuat aku terpesona dengan kehebatan ciptaan Tuhan Rabbul A’lamin.
“Subhanallah.” Terpacul dari mulutku kalimah memuji dan menyanjungi si Pencipta alam ini.
Makhluk yang tidak berakal sekalipun, tidak mampu menafikan keagungan dan kebijaksanaan Raja yang mentadbir alam ini. Alangkah ruginya, bagi manusia yang dikurniakan akal tetapi masih buta untuk menilai apatah lagi mengakui bahawa tidak dicipta alam ini tanpa satu kuasa yang amat hebat sekali. Dialah Allah, Tuhan yang tiada permulaan dan tiada juga pengakhirannya.
Renunganku terganggu seketika. Telefon bimbitku berbunyi. Segera aku menyeluk poket seluarku untuk menjawap panggilan tersebut.
“Siapalah yang call aku pagi-pagi ni agaknya?” bisik hatiku yang penuh tanda tanya.
My Angle Mother tertera di skrin telefonku.
“Owh, mama aku rupanya.” Aku tersenyum keseorangan.
Tanda gembira mendapat paggilan dari insan yang tersayang, yang telah mengandungku selama 9 bulan tanpa sedikit pun rungutan.
“Assalamualaikum mama. Ada apa yang boleh saya bantu?” soalku.
“Waalaikumussalam. A’ah. Mama ada tertinggal baranglah dekat rumah. Uda boleh tolong mama tak.” Pinta mamaku mengharapkan bantuanku.
Dalam kalangan keluargaku, ‘Uda’ adalah panggilan yang cukup sinonim denganku.
“Aish, why not ? mestilah boleh. Mama nak uda tolong apa?”
“Hehe. Macam ni lah anak mama. Uda ambilkan file-file atas meja tu, and then tolong hantarkan dekat hospital mama. Mama ada meeting tengah hari nanti. Jadi mama tak ada dekat pejabat mama tau. Nanti uda just letakkan file-file tu atas meja mama dekat office je laa ye. Boleh ke?” mama menjelaskan, memberitahu bentuk bantuan yang harus aku lakukan.
“Owh. Itu je ke. Boleh-boleh. Senang aje tu. Mama jangan risau. Nanti uda hantarkan file-file mama tu ye.” Aku meyakinkan mama.
Aku mematikan telefon selepas aku menjawap salam mamaku. Aku bergerak pantas. Mencapai tuala mandi dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Badanku berbau peluh, sehinggakan empunya badan sendiri pun tidak berasa selesa. Apatah lagi orang lain.
Setelah selesai mengambil wuduk, aku menggayakan tubuhku dengan sepasang pakaian yang selesa. kemas dan paling penting sekali adalah menutup aurat. Aku selesa dengan imej sebegini. Selain, mampu menahan kedinginan udara Manchester, United Kingdom, aku juga mendapat redha dan rahmat dari Allah, kerana pakaianku seiring dengan tuntutan syariat.
“Kamu seorang muslim. Agamamu adalah Islam jadi gaya hidupmu juga mestilah melambangkan yang kamu benar-benar seorang muslim. Baru lah mencerminkan wajah Islam yang bersih suci.” Pesan Akhi Faqih, 3 tahun yang lalu semasa aku menuntut di KISAS ketika itu. Kata-katanya menjadi peganganku sebelum aku bertindak.
Perjalanan yang hanya memakan 45 minit, membuat London Bridge Hospital kini tersengam indah dihadapanku. Aku menuju ke pejabat ibuku. Setelah selesai tugasku. Aku menghantar sms kepada ibuku, tanda aku telah menunaikan amanahku. Ibuku mengucapkan terima kasih dan berjanji untuk membawa aku makan malam diluar. Aku tersenyum keseorangan lagi.
Sewaktu aku meninggalkan hospital itu. Langkah aku terhenti. Aku mengenali seseorang yang sedang duduk dibawah pokok. Ya. Dialah Doktor Farhan Hadi Mohd. Taib. Dia bertugas di hospital ini bersama-sama dengan ibuku.
Aku memberi salam dan berjabat tangan dengannya.
“Doktor buat apa sorang-sorang dekat sini? Termenung jauh saya nampak.” Aku memulakan perbualan.
“Owh. Tidak ada apa-apa. Saja mahu ambil angin disini. Asyraf pulak buat apa dekat sini?” Tanya Doktor Farhan.
“saya hantar barang ibu saya. Dia mintak saya hantarkan.” Balas aku menjawap pertanyaan tadi.
Doktor Farhan mengeluarkan sesuatu dari beg pejabatnya. Lantas memberi kepadaku
“Eh, surat khabar? Kenapa doktor bagi saya surat khabar?” aku kehairanan.
“Cuba kamu baca berita muka hadapan sekali,” pinta doktor itu.
Aku menurut perintahnya tanpa banyak soal walaupun hatiku penuh dengan tanda tanya.
“A bus crash, 32 passengers including the driver were killed” aku membaca seperti apa yang dipinta oleh Doktor Farhan sebentar tadi.
Aku menyambung lagi...
“Emmmphh.. Astaghfirullah hal A’zim. Semoga Allah menghindar dan menjauhkan kita dari malapetaka seperti ini ya. Amin. Sungguh tiada satu tempat pun dalam dunia ni yang boleh dikatakan selamat kan doctor?” soal saya, meninginkan pendapat dari Doktor Farhan.
“Iya. Betul kata kamu, Asyraf. Tiada satu tempat pun dalam dunia ini yang selamat kecuali satu tempat sahaja.” Doctor Farhan memberi pendapatnya secara ringkas.
Aku mengerut dahi kehairanan. Dalam hati, aku membisik.
“Peliknya. Dunia ini punya lah luas, tetapi mengapa seluas-luas alam ini, hanya ada satu sahaja tempat yang boleh dikatakan selamat. Dan persoalannya sekarang ialah, apakah nama tempat itu? Dan dimanakah ia terletak?”
Aku bertanya lagi.
“Aik. Apa nama tempat itu, doktor”
“Alam rahim.” Doktor Farhan menjawap ringkas dan padat. Meninggalkan seribu tanda tanya. Menambah lagi kekusutan di dalam hati aku.
“Alam rahim? Mengapa? Dan kenapa?” Aku bertanya seperti orang bodoh.
(klick gambar untuk gambaran yang lebih jelas)
Ya. Aku akui, aku seorang manusia yang jahil. Alam ini penuh dengan persoalan yang masih belum terungkai dan masih lagi misteri sehingga sekarang.
Doktor Farhan memulakan penjelasannya dan aku jangkakan pasti menarik dan hebat sama sekali.
“Alam rahim merupakan satu alam yang sempit dan gelap. Jika disukat, kapasitinya hanya dapat memuatkan beberapa liter air sahaja. Namun semua manusia telah melalui alam yang sempit ini meskipun tiada siapa yang dapat mengingati detik-detik kehidupan semasa berada di alam tersebut. Di sinilah saat bermulanya kehidupan bayi yang bergelar janin. Selepas itu akan keluar kealam dunia.” Ujar doktor sebagai permulaan topik bicara pagi itu.
Doktor Farhan meneruskan lagi bicaranya,
“Meskipun gelap dan sempit, namun rahim ialah tempat yang paling selamat untuk perkembangan janin. Tiada tempat yang lebih sesuai dan selamat melainkan tempat yang sempit ini. Sebagai contoh, bayi-bayi yang dilahirkan dalam keadaan pramatang atau dalam erti kata lain, tidak cukup 9 bulan untuk dilahirkan oleh sebab-sebab yang tertentu, akan diletakkan di tempat khas yang dinamakan inkubator.”
“Boleh saya tahu, apa fungsi utama inkubator ini?,” tanya aku sambil mata tidak berlelip-kelip.
“Inkubator ini berfungsi bagi menggantikan peranan rahim ibu dan dilengkapi dengan segala kecanggihan teknologi perubatan. Namun secanggih mana pun inkubator yang disediakan, ia tetap tidak dapat menandingi kesempurnaan rahim ibu. Bayi tersebut tetap terdedah kepada segala jenis ancaman seperti jangkitan kuman disamping perkembangan organnya terbantut yang mengakibatkan kecacatan yang kekal,” jawap Doktor Farhan memberikan sedikit huraian.
“Owh, maksud doktor, rahim ibu menjamin keselamatan 100% janin ke?” soal aku.
“Ya, tepat sekali. Kesempurnaan janin tetap terjamin jika ia membesar di dalam rahim ibu dalam tempoh yang cukup. Segala ancaman luaran dan dalaman dapat dilindungi oleh ‘tempat yang kukuh’ ini” Doktor Farhan mengiyakan kata-kataku
“Apa? Tempat yang kukuh? Saya kurang jelas maksud doktor.” Aku mengerut dahi kehairanan.
“Ingatkah kamu tentang firman Allah yang bermaksud: Bukankah kami ciptakan kamu dari air mani yang hina? Kemudian kami letakkannya didalam tempat yang kukuh. Sampai waktu yang ditentukan. Lalu kami tentukan (bentuknya), maka kami sebaik-baik yang menentukan. Kamu boleh rujuk surah al-Mursalat 77, ayat ke-20 hingga 23. Tambahan lagi, Allah turut befirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah ciptakan manusia daripada suatu sari pati itu air mani (yang di simpan) di tempat yang kukuh (rahim).” Surah al-Mu’minun 23, ayat ke-12 hingga 13.” Doktor Farhan menjawap persoalanku sambil tersenyum.
“Doktor boleh jelaskan, dari sudut pandangan sains dan humanbiologi knowledge, apakah hubung kait antara proses penciptaan manusia dengan rahim ibu?” aku berminat untuk tahu.
Dengan tenang sambil menghembus nafas secara perlahan, Doktor Farhan menerangkan kepada aku...
“Proses kejadian manusia bermula apabila berlaku persenyawaan antara sperma (benih lelaki) dan ovum (benih perempuan). Selepas persenyawaan berlaku, bermulalah proses pembentukan janin.”
Doctor Farhan mengubah posisi duduknya dengan menghadap kedudukannya kearah aku.
“Cuba Asyraf bayangkan, daripada satu sel ia berkembang menjadi berjuta-juta sel sehinggalah menjadi tubuh manusia yang sempurna, selama genap sembilan bulan. Proses pembentukan janin ini sangat kompleks dan semuanya berlaku di dalam rahim ibu. Pelbagai proses ajaib berlaku didalamnya. Daripada segumpal darah menjadi seketul daging dan kemudiannya menjadi manusia yang sempurna. Dari mata yang tidak dapat melihat menjadi celik dan dapat menyaksikan keindahan alam. Daripada telinga yang pekak berkembang hingga boleh menangkap bunyi-bunyi merdu. Semuanya berlaku di dalam rahim ibu.” Penjelasan Doktor Farhan begitu jelas sekali dan benar-benar membuat aku semakin menghormatinya.
“Owh. Berdasarkan apa yang saya faham dari penjelasan doktor tadi, memang benar lah ya, rahim ibu merupakan satu tempat yang kukuh seperti yang disebut dalam al-Quran. Owh ya, saya ingin bersoal lagi, doktor mengatakan bahawa rahim ibu merupakan pelindung yang sempurna kepada janin. Bagaimana janin berfungsi sebagai pelindung kepada bayi itu?” soal aku lagi. Kesempatan ini harus aku gunakan sebaik-baiknya untuk aku keluar dari sebarang bentuk kekeliruan dan kesesatan. Aku tidak mahu menjadi ‘bodoh sombong’. Kelak buruk padahnya.
“Sepanjang proses perkembangannya, janin menghadapi seribu ancaman; dalaman dan luaran. Ancaman-ancaman luaran termasuklah kepanasan sinaran cahaya metahari, gangguan bunyi bising, asap-asap industri dan kenderaan yang beracun dan juga goncangan (gegaran). Semua ancaman ini tidak dapat menggugat keselamatan bayi kerana ia dilindungi dengan selamat di dalam rahim.” Terang Doktor Farhan tanpa timbul rasa sedikit pun rasa jemu melayan kerenah aku.
“Macam manakah dengan kedudukan rahim? Apakah struktur utamanya yang membolehkan ia berfungsi sebagai protector bayi tersebut”. Ahh, mengapa terlalu banyak sekali aku bersoal kepada Doktor Farhan. Tidakkah menyusahkan dia.
(klick gambar untuk gambaran yang lebih jelas)
“Kedudukan rahim di dalam ruang pelviks (ruangan antara tulang-tulang pinggul dan paha) menjadikan rahim dilindungi dengan kukuh oleh tulang-tulang nipis dan tebal. Struktur tulang-tulang pelvis ini memberi perlindungan yang baik kepada janin pada peringkat awal perkembangannya. Semasa proses kehamilan, ligament-ligamen (urat-urat kenyal) yang menghubungkan rahim dengan tulang-tulang pelvis menjadi semakin tebal dan panjang. Ini memberikan kestabilan yang optimum kepada rahim sepanjang proses kehamilan. Disamping itu juga, otot-otot rahim yang disebut sebagai endometrium merupakan otot yang sangat kuat dan tahan. Otot-otot rahim membantu menampung berat janin yang bertambah dari hari ke hari sehinggalah tiba waktu bersalin. Bahkan semasa proses bersalin, otot-otot ini dengan kuatnya memberi kontraksi untuk menolak bayi keluar.” Ujar Doktor Farhan panjang lebar sambil menghelakan nafasnya yang panjang.
Dia menyambung lagi syarahannya pagi itu...
“Kalau kamu nak tahu, rahim ibu telah melalui pelbagai perubahan yang menguatkannya semasa janin semakin membesar. Bersama-sama dengan perkembangan otot-otot dan ligamen, berlaku juga pertambahan jumlah pembuluh-pembuluh darah dan urat-urat saraf. Rahim ibu berkemampuan untuk membesar sehingga 20 kali saiz asal dan menampung kira-kira 1000 kali kapasiti daripada saiz asal.”
Aku tergamam seketika. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Mungkin kerana kagum dan terpesona dengan syarahan Doktor Farhan sebentar tadi. Subhanallah, begitu hebat sekali penciptaan rahim ibu, hebat lagi si Pencipta rahim ibu.
“Hebat-hebat. Ahh, baru saya teringat. Tadi doktor ada menyebut, janin menghadapi seribu satu ancaman; dalaman dan luaran. Dan rahim ibu lah yang bertindak sebagai penyelamat janin tersebut. Doktor hanya menyebut contoh-contoh ancaman luaran sahaja. Bagaimana dengan ancaman dalaman?” aku bertanya dengan penuh kehairanan.
Bukankah rahim ibu itu organ dalaman, dan bagaimanakah organ dalaman sendiri yang menangkis ancaman dalaman itu? Ahh! Biar Doktor Farhan sahaja yang menjawap persoalan aku ini. Dia lebih mengetahui dari aku. Aku hanya perlu diam dan sekadar menjadi pendengar sahaja.
“Owh, semasa proses pembentukan janin, salah satu proses yang paling ajaib ialah lindungan bayi daripada ancaman dalaman. Keajaiban tersebut ialah perlindungan bayi daripada sistem pertahanan ibunya. Kamu pernah dengar tentang teori sains yang berkaitan dengan system imunisasi badan manusia?” Soalan pertama yang diutarakan oleh Doktor Farhan kepada aku.
Aku sedikit terkejut dengan soalan itu.
“Maafkan saya doktor, saya pernah belajar sebelum ini. Mungkin saya sudah lupa agaknya.” Aku tersenyum sipu-sipu malu. Malu dengan diri sendiri. Aku masih muda lagi, tetapi ilmu semudah itupun aku sudah lupa. Ampunkan hambaMu ini ya Allah.
“Tidak mengapa Asyraf. Tiada manusia yang Allah ciptakan sempurna 100%. Disebalik kemegahan dan kehebatan seseorang manusia itu. Sudah pasti terpalit sedikit kelemahan dan kecacatan. Sama ada sedar atau tidak sahaja. Cuma manusia sahaja yang membiarkan ego sebesar gajah, tidak mahu mengakui kesilapan sendiri. Malah menyalahkan orang lain pula.” Pesan Doktor Farhan supaya aku tidak mengikut sikap manusia sebegitu.
Dan Doktor Farhan menyambung semula perbualannya yang berkaitan dengan soalan tadi...
“Teori sains menjelaskan bahawa apabila objek asing memasuki badan seseorang, sistem pertahanan badan akan menyerang dan membunuh objek asing tersebut. Begitu juga bagi janin yang membesar dalam rahim ibu, ia dikategorikan objek asing kerana genetik yang terkandung di dalam badannya adalah 50% daripada bapanya.”
“Kamu pasti kenal Marianne Van Den Heuvel kan?” soalan kedua dari Doktor Farhan. Kali ini benar-benar boleh diibaratkan seperti aku dipanah petir.
Sungguh aku terkejut dengan soalan ini. Aku tidak tahu apatah lagi mengenali empunya nama itu. Dia bukan novelis, artis mahupun pemain bola sepak terkenal. Aneh nama nya seaneh soalan ini. Doctor Farhan memang mahu menguji aku. Tapi apakah daya, aku memang tidak tahu dan tidak akan tahu sebab nama itu tidak sepopular Cristiano Ronaldo, pemain bintang Real Madrid dan Justin Bieber, penyanyi remaja yang berasal dari Kanada itu.
“Ha?? Siapa dia? Saya tidak tahu menahu pun nama itu.” Aku terperanjat seperti terkena renjatan elektrik.
Doctor Farhan ketawa kecil melihat telatah aku. Aku tidak menafikan gelagat aku ketika itu memang kelakar. Seperti budak kecil melihat dunia buat kali pertama.
“Marianne Van den Heuvel adalah seorang saintis perubatan yang terkenal Kanada. Beliau merupakan penyelidik di University of Geulph, Kanada. Beliau ada menyebut dalam buku karangannya, ‘Biomedical Scientist Explores Role of Immune System in Pregnancy’. Beliau menyatakan “Ia merupakan satu persoalan yang sukar difahami dari aspek imunologi kerana janin sebenarnya ialah objek asing. Genetiknya sebahagian dari ibu dan sebahagiannya pula daripada bapa. Janin sepatutnya telah ditolak oleh badan ibu.”” Jelas Doktor Farhan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin dia sendiri pun hairan dengan situasi sebegini.
“Doktor...” Aku menyapa perlahan.
“Ya saya. Ada apa Asyraf?” Doktor Farhan menolehkan pandangannya kearah aku.
(klick gambar untuk gambaran yang lebih jelas)
“Bagaimana pula dengan jangkitan virus HIV ya? Saya difahamkan bahawa seorang ibu yang disahkan positif HIV berpotensi besar untuk menyebarkan virus itu pula kepada anak yang sedang atau bakal dikandungnya itu. Boleh doktor jelaskan.” Pinta aku agar Doktor Farhan menjawap soalan aku ini.
“Tepat sekali kamu, Asyraf! Untuk pengetahuan kamu, rahim ibu juga menjadi tempat yang selamat untuk melindungi janin daripada jangkitan kuman meskipun ibunya sendiri telah dijangkiti. Saya ambil contoh dari soalan kamu tadi iaitu virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Ibu yang telah dijangkiti virus HIV tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada janin itu kerana ia dilindung dengan selamat di dalam rahim. Jangkitan hanya berlaku semasa proses kelahiran jika berlaku percampuran darah antara bayi dan ibunya. Tetapi semua itu berlaku diluar rahim kan? Rahim hanya bertanggungjawap untuk melindungi janin yang hanya berada didalamnya sahaja. Diluarnya, bukan lagi tanggungjawap rahim.” Doktor Farhan menjawap soalan aku dengan begitu jelas sekali.
Ya! Aku kini sudah jelas dan faham. Terima kasih Doktor Farhan. Penerangan Doktor Farhan membuat aku semakin menghormati dan mengkagumi individu-individu yang hebat sepertinya.
“Kamu ada apa-apa lagi soalan yang berkaitan dengan topic bicara kita hari ini” soalan Doktor Farhan persis seperti pengacara-pengacara televisyen yang sedang mengendalikan sesi forum bersama ahli-ahli panel jemputan.
Aku mengeleng-gelengkan kepala.
“Owh, kalau macam itu, kamu kena upah saya. Kamu kena teman saya lunch. Saya belanja kamu. Kamu sudi ke menemani saya?” gurauan Doktor Farhan hampir-hampir membuat aku serba salah.
“Owh, sudah tentulah saya sudi tuan doktor. Kalau bab-bab belanja ni, saya susah sedikit nak menolaknya. Orang tua-tua kata, tak manis kalau kita menolak rezeki. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari” aku membalas gurauannya.
Kami ketawa besar dibawah pokok itu. Doktor Farhan mempelawa aku untuk menaiki keretanya, Audi R8 Coupe. Kereta mewahnya itu baru sahaja berusia 2 bulan. Masih berkilat lagi. Kerjayanya sebagai seorang doktor pakar disebuah hospital yang terkenal membolehnya memiliki apa sahaja yang dia mahu. Dia berkerja halal, dia bersusah-payah untuk sampai ketahap sebegini, dia tidak menindas sesiapa, dia tidak menipu apatah lagi menzalimi orang lain, jadi apa yang hendak dipertikaikannya. Sepatutnya kita perlu bersangka baik sesama muslim dan mencontohi kejayaan beliau.
Dalam perjalanan menuju ke tempat makan yang dimaksudkan Doktor Farhan, aku mencuri masa untuk merenung seketika. Mengingati semula apa yang telah aku pelajari sebelum ini. Semua maklumat tentang ilmu-ilmu embriologi dalam al-Quran bertepatan dengan perubatan moden. Maklumat ini hanya diketahui melalui kemajuan sains & teknologi, merupakan bukti yang sangat kukuh bahawa al-Quran merupakan ayat-ayat daripada Tuhan Pencipta alam. Ia juga membuktikan bahawa al-Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu membuka banyak ruang penyelidikan dan penemuan baru dalam dunia sains pada hari ini.
Tiba-tiba terlintas dalam fikiranku, firman Allah dalam surah al-Jathiyah 45 ayat ke-4 yang bermaksud: “Dan pada penciptaan kamu dan binatang-binatang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini.”
Wallahu A’lam...
Inilah saya ^,^ -->
~CTR Muhammad Asyraf~
**p/s : saya mengambil masa hampir 5 hari untuk mencari dan menyelidik sumber-sumber yang sohih dan berkaitan dengan topik ini. Seterusnya, 3 hari digunakan untuk menaip. Masa-masa yang terluang saya manfaatkan untuk menulis dan terus menulis agar kita sama-sama dapat berkongi ilmu Allah yang maha luas ini. Kemungkinan besar, saya tidak dapat meng’update’ blog ini dalam erti kata lain, saya tidak menaip sebarang entry buat masa ini. Saya perlu focus dan menumpu sepenuhnya pula terhadap exam penting pada 19 ogos, 23 ogos dan 26 ogos. Doakan saya, sekiranya anda menyayangi saya ya. Ketahuilah yang saya sangat sayangkan anda. :D:D:D:D:D
1 comments:
<3
like this~
Post a Comment