Pages

Thursday, June 10, 2010

Gurindam Nasihat

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ukhti...

Marilah kita bersama-sama renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.♥

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.♥

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.♥

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.♥

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.♥

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.♥

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.♥

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.♥

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.♥

.........................................................................

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,♥

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.♥

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.♥

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,♥

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.♥

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,♥

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.♥

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.♥

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.♥

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.♥

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.♥

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

* minyak gamat.♥

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.♥

* Semua nak tunjuk kuat.♥

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.♥

* Tapi hidup pula yang melarat.♥

* Tali kasut dah tak berikat.♥

* Rambut pun jarang sikat.♥

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.♥

* Suka pakai baju ketat.♥

* Suka sangat menunjukkan pusat.♥

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.♥

* Pakai pulak yang singkat-singkat.♥

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.♥

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.♥

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.♥

* Duduk jauh berkirim surat.♥

* Bila berjumpa, tangan berjabat.♥

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.♥

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.♥

* Usah peduli agama dan adat.♥

* Usah takut Allah dan malaikat.♥

* Yang penting apa kita nak buat?♥

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.♥

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.♥

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.♥

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.♥

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.♥

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.♥

* Habis manusia telah tersesat.♥

* Inilah dia fenomena masyarakat.♥

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,♥

* Marilah kita pakat mengingat,♥

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,♥

* Esok atau lusa mungkin kiamat,♥

* Sampai masa kita semua akan berangkat!♥

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.♥

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.♥

* Masa tu, sindri mau ingat.♥

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?♥

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?♥

* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?♥

* Ilmu anta, adakah anta manfaat…?♥

-klik gambar untuk paparan yang lebih jelas-

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Saya Hamba Allah yang Hina ~~>
...Ctr Muhammad Asyraf...

*p/s : saya mendapat kebenaran daripada seorang sahabat saya untuk meng'copy' gurindam ini, bahasa yang mudah untuk difahami disamping mempunyai maksud yang tersirat telah mebuat saya tertarik untuk berkongsi dengan anda.

0 comments: