Pages

Tuesday, May 4, 2010

Pilihlah Dan Janganlah



Engkau ibarat
bunga
dijaga dengan rapi
dibaja dengan secukupnya
diracun agar terpelihara
agar engkau menjadi sekuntum bunga
yang harum baunya
dan mewarna warnikan alam semesta...

Engkau ibarat
permata
sangat mahal dan bernilai harganya
cantik luaran dalaman
hanya orang yang terpilih sahaja yang mampu memilikinya
memerlukan kekuatan untuk mendapatkan permata itu
kerana untuk mendapatkannya
manusia perlu bersusah payah
hanya semata-mata untuk mendapatkan ia...


Engkau ibarat
cahaya
sangat terang dan indah warnanya
akan tetapi
walau seindah mana pun ia
amat mustahil bagiku
untuk menyentuh
apatah lagi memegang ia
kerana aku bukan lah sebahagian daripadanya...

akan tetapi !!!
wahai kaum hawa
jangan lah engkau
menjadi seperti




awan
sangat cantik dan indah
tatkala ia berwarna biru
menghiasi langit
tetapi !
itu hanya lah sementara
namun
apabila ia bertukar berwarana hitam
ia akan membawa bencana kepada semua makhluk
apabila ia dirempuh
ia mudah rapuh
lalu bentuknya pun berubah
bercerai mencari hala tuju ntah kemana...




rumput
sangat menarik apabila dipandang
kerana ia mnghiasi lantai bumi
tetapi !
secantik-cantik engkau
mudah dipijak dek manusia
engkau tidak mampu berbuat apa-apa
engkau menutup kecantikan tanah
engkau menindas tanah
semata-mata untuk mempamerkan kecantikan engkau
engkau memang kejam...


rama-rama
luaran engkau
ah, tidak siapa yang dapat menafikan
kecantikan dan keindahan engkau
tetapi !
sayangnya, hakikat dan realiti
engkau haiwan yang lemah
tidak mampu terbang lebih jauh
gagal menggapai awan biru
nahas engkau bila ditangkap
akhirnya menjadi hiasan didinding jua...


wahai saudariku
kaum muslimah
kaum hawa
kaum mujahidah
renung-renung kan lah
ambil lah sedikit masa
untuk engkau berfikir
untuk engkau bermuhasabah
ciptaan teragung mana kah
yang hendak engkau jadikan
sebagai pedoman dan iktibar
sebagai pengajaran dan panduan
sebagai inspirasi dan kekuatan

semuanya terletak pada bahu anda
"tepuk dada tanya lah minda"
kerana anda bertanggungjawap ke atas diri sendiri.

hamba penuh kekhilafan -->
~Ctr Muhammad Asyraf~

**p/s: sangat ringkas untuk dihayati, sangat mudah untuk difahami dan sangat mudah untuk diamalkan, tetapi amat sukar untuk beristiqamah dengan apa yang diamalkan. fikirkan lah...